:: KEJOHANAN HOKI PERINGKAT DAERAH ::

Pada 9 April 2013, telah berlangsungnya Kejohanan Hoki Peringkat Daerah 2013 di padang SKP5. Sebanyak 7 buah sekolah telah menyertai kejohanan ini yang melibatkan 7 pasukan lelaki dan 3 pasukan perempuan. Perlawanan yang bermula dari awal pagi berlangsung hingga lewat petang. Hujan lebat pada sebelah petang menyebabkan perlawanan ditangguhkan sementara waktu namun tidak melunturkan semangat pemain-pemain untuk menyambung kembali perlawanan selepas itu. Tahniah kepada pasukan lelaki SKP5 kerana telah muncul sebagai juara dan menampilkan perlawanan yang menarik pada peringkat akhir. Tahniah juga kepada pasukan perempuan SKP5 kerana muncul sebagai naib juara.Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan kepada jurulatih pasukan, Cikgu Mohd Ghazali dan Cikgu Yazid kerana telah banyak meluangkan masa melatih pemain-pemain sehingga berjaya dengan cemerlang.

* Bergambar bersama Guru Besar, GPK Ko dan jurulatih pasukan.
* Pasukan perempuan
 

Lagi gambar sepanjang kejohanan berlangsung....



* Gerai jualan ustaz mendapat sambutan hangat ;)
 


* Terima kasih kepada pengadil perlawanan.
 



* Walau hujan lebat, tetap tidak berganjak.



No comments:

Post a Comment